Monday, July 28, 2008

LINTAS LANSUNG KARNIVAL PRIHATIN TAMAN SUTERA, KAJANG

TAMAN SUTERA - AHAD 27 Julai 2008 telah berlansungnya 'KARNIVAL PRIHATIN TAMAN SUTERA.Antara jemputan yang hadir ialah Yang Berhormat Dewan Undangan Negeri(DUN) Kajang, Yang Berhormat Dewan Undangan Negeri(DUN) Bangi, Pengarah Jabatan Kesihatan Daerah Hulu Langat, Kegtua Trafik Kajang, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Selangor dan juga pihak media iaitu Sinar Harian dan Harian Metro.Di antara program yang di adakan ialah dialog bersama YB, dimana penduduk-penduduk Taman Sutera dan sekitarnya berpeluang mengajukan sebarang masalah , meminta pendapat dan sebagainya daripada YB untuk mendapatkan kepastian dan jawapan yang sewajarnya.Selain itu juga penduduk-penduduk juga berpeluang menderma darah dan juga boleh memeriksa tahap kesihatan secara percuma, di samping itu juga penduduk berpeluang memiliki berbagai bahan-bahan ilmiah seperti buku dan majalah. Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor juga mengadakan demonstrasi mencegah kebakaran di mana penduduk-penduduk diterangkan dengan lebih jelas lagi bagaimana cara yang betul untuk mencegah kebakaran dan cara yang betul untuk memadamkan kebakaran.Ribuan terima kasih diucapkan kepada para jemputan yang hadir, tak lupa juga kepada petugas-petugas pelaksana 'Karnival Prihatin Taman Sutera' yang begitu komited dengan tugas yang telah diberikan demi untuk menjayakan karnival tersebut.Terima kasih juga diucapkan kepada penduduk-penduduk Taman Sutera dan sekitarnya kerana sudi hadir pada karnival tersebut dan bersama-sama menjayakanya.


Ketibaan Ketua Trafik Kajang disambut oleh
Abang Haziman dan Saudara Zailani



Berborak kosong bersama Presiden PPTS Tn. Hj Romlan
dan Pengerusi Majlis Saudara Shah Riza


Ketibaan YB Dun Kajang, Lee Kim Sin



Ketibaan YB DUN Bangi, Dr Shafie


Ketibaan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor


Penduduk-penduduk Taman Sutera yang sudi hadir

Presiden PPTS dan Pengerusi Surau bersama
para jemputan yang hadir

Cikgu Nazri bersama Pak Lah berborak sambil
menunggu kehadiran tetamu jemputan dan juga
penduduk TS
Kehadiran Skuad bermotor jabatan bomba

Sesi dialog penduduk TS bersama YB

Sesi dialog penduduk TS bersama YB

Pengerusi majlis sedang membuka soalan
untuk di tanya kepada YB

Jurugambar sedang menjalankan tugasnya

Saudara Ismail yang baik hati telah menderma
sebahagian daripada darahnya kepada yang memerlukan

Disini tempat penentuan samada layak ke tidak
nak derma darah

Kita jemput dj sambilan(Mr Deen) daripada jalan 2/5

YB Dr Shafie sedang diperiksa tahap kesihatanya

YB Lee Kim Sin sedang diperiksa tahap kesihatanya

Kedua-dua YB membeli sambil menderma di gerai
yang disediakan

YB Dr Shafie sedang berkunjung di pameran bermotor
jabatan bomba

Kedua-dua YB sedang menguji pandu motor
berkuasa tinggi jabatan bomba dan penyelamat

Kelihat Presiden PPTS begitu gembira
sekali sambil meguji pandu motor
berkuasa tinggi jabatan bomba dan penyelamat

Penerangan daripada pegawai jabatan bomba
mengenai langkah-langkah keselamatan untuk
mengelakkan kebakaran

Kedua-dua YB diiringi Pengerusi Surau Cikgu Wan Nazri serta
Ketua Pemuda merangkap Unit Keselamatan PPTS Saudara Mokhtar
sedang mendengar penerangan daripada pegawai jabatan bomba mengenai
langkah-langkah keselamatan untuk mengelakkan kebakaran

Jurugambar YB Dr Shafie sedang mencuba memadamkan
api menggunakan alat pemadam api

YB Dr Shafie sedang mencuba memadamkan
api menggunakan alat pemadam api

Kedua-dua YB ingin mencuba memadamkan
api menggunakan alat pemadam api

Kelihatan penduduk-penduduk TS sedang
sedang melihat demonstrasi daripada jabatan bomba

Para jemputan sedang menjamu selera

Para jemputan sedang menjamu selera sambil
ditemani oleh Cikgu Wan Nazri dan Tn. Hj Romlan

Sesi sidang akhbar iaitu Sinar Harian dan Harian Metro
menemuramah YB Dr Shafie

Kaunter Keselamatan dan khairat kematain turutdibuka

Pengerusi Majlis Karnival Prihatin Taman Sutra
Saudara Shah Riza

Gambar kenangan






Artikel Terkait:

0 comments:

Post a Comment